Monday, January 31, 2011

emm...yaa...mungkin....haaa.....ni dia....yess

jom undi blog ini!!! tengok apa yang berlaku...

semakin ramai yang mengundi, semakin banyak kejutan yang menanti

Sunday, January 30, 2011

kelantan kini menuju sasaran!



semalam baru tamatnya perlawanan antara kelantan dan selangor tetapi memihak kemenangan kepada kelantan...alhamdulillah
sebenarnya saya agak kecewa apabila indra putra, azizi mat rose dan farhan yang memilih untuk berhijrah tetapi apakah daya benda yang dah terjadi tidak boleh nak tolakk...

walauapapun, saya ucapkan tahniah dan teruskan kejayaan. saya berdoa agar kelantan dapat menyapu bersih piala-piala dalam liga malaysia..

the red warriors gomo kelate gomo

Saturday, January 29, 2011

kawan...jangan jatuhkan martabat temanmu


kawan
ini hanya ingatan
bukan sindiran
jangan pulak bersendirian

kita telah meningkat remaja
bukan masa menendang meja
biar hati tidak selesa
dengan tingkah laku mereka

jangan mudah mengadu
siasat apa yang perlu
jangan buat kami pilu
jika hati masih tertuju

teman,
kata-katamu sungguh munafik
menyindir lagi menyakat
umpama hati sekecil cendawan
menyelit niat yang busuk
di biruan kosong di langit


#bagi teman-teman yang telah membaca, saya berharap anda tidak terasa dengan apa yang telah saya puisikan tetapi saya begitu berharap agar kawan-kawan dapat mengubah diri anda menjadi seorang teman yang baik dan sudi membantu dan bukan mengutuk. Saya selalu perhatikan ayat ini "kalau ana(bukan penulis) serius, ana nak semua buat serius", jadi saya nak betulkan disini bahawa fenomena serius bukan terletak pada seseorang yang inginkan keseriusan tetapi kepada keadaan yang serius jadi maksudnya, jika kita dalam satu mesyuarat yang genting, barulah kita bertindak serius tetapi lebih baik kalu kita kurangkan ketegangan dengan menggunakan lawak santai... iakan lebih membantu daripada muka masam yang tidak menentu......

Friday, January 28, 2011

adilnya sekolahku..

emmm ni salah satu masalah yang dialami oleh pelajar form 5 di sekolah saya. Saya bukannya nak mengata tapi ia telah menjadi suatu ketidakpuasan hati kami, sebabnya pihak sekolah membiarkan pelajar form 4 mendapat kelas yang strategik berbanding form5 yang berada dalam kebisingan dan kesempitan.

Saya pun pening, siapa yang akan mengambil peperiksaan besar tahun ni sebenarnya. Kalaulah ada pihak sekolah yang menyayangi kami dan membela kami, sudah tentulah dilema kami terhenti.....tapi hampir sebulan menjana pendapatan ilmu, nampaknya pihak sekolah tidak punya kuasa untuk membuat keputusan yang lebih adil.

nampaknya kami terpaksa menunggu, "bagai cacing kepanasan".

Wednesday, January 26, 2011

E-ziey R-naz

E-ziey R-naz

bermulanya kalam ku..

assalamualaikum?
sesiapa yang buka blog ini sudah tentunya saya mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari walaupun secara tidak sengaja. walau apapun...stay and wait..