Friday, January 28, 2011

adilnya sekolahku..

emmm ni salah satu masalah yang dialami oleh pelajar form 5 di sekolah saya. Saya bukannya nak mengata tapi ia telah menjadi suatu ketidakpuasan hati kami, sebabnya pihak sekolah membiarkan pelajar form 4 mendapat kelas yang strategik berbanding form5 yang berada dalam kebisingan dan kesempitan.

Saya pun pening, siapa yang akan mengambil peperiksaan besar tahun ni sebenarnya. Kalaulah ada pihak sekolah yang menyayangi kami dan membela kami, sudah tentulah dilema kami terhenti.....tapi hampir sebulan menjana pendapatan ilmu, nampaknya pihak sekolah tidak punya kuasa untuk membuat keputusan yang lebih adil.

nampaknya kami terpaksa menunggu, "bagai cacing kepanasan".

1 comment:

elham said...

pelik-pelik... kalu form5 perlu pulak paksa ikut arahan sekolah tetapi form4, pihak sekolah membisu tuli... nampak sangat macam tidak adil. form5 dianaktirikan..form4 dianak emaskan